Thursday, December 10, 2009

Tempat Menarik: Kompleks Bebas Cukai Cergas Jaya



menarik

Kompleks bebas cukai Cergas Jaya yang terletak di bandar Bukit Kayu Hitam merupakan sebuah lagi mercu tanda yang terdapat di utara Negeri Kedah di dalam daerah Kubang Pasu.
Kompleks membeli-belah ini merupakan sempadan yang memisahkan bandar Bukit Kayu Hitam dengan kawasan Danok yang terletak di Selatan Thailand. Ianya merupakan salah satu daripada pintu masuk utama pelancong daripada Negara Thailand. Kompleks ini telah dirasmikan pada 12 Mac 1988 bersamaan 28 Rejab 1408 oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad.


Antara barangan yang dijual:

1) Minyak wangi pelbagai jenama seperti Gucci, Hugo Boss, CK, dan sebagainya.

2) Jam tangan





Cara untuk sampai ke Bukit Kayu Hitam



Terdapat pelbagai cara untuk sampai ke Bukit Kayu Hitam. Di antaranya ialah:
Melalui Bus
Ekspres Bandar menyediakan dua kali perkhidmatan bus dalam sehari di antara Bukit Kayu Hitam dan Kuala Lumpur. Tiket boleh didapati di kaunter Ekpress Bandar di Terminal Bus Jalan Duta yang berharga Rm40.
Terdapat juga pelbagai pilihan lain untuk sampai k Bukit Kayu Hitam di Changlun, yang terletak 8km selatan dari Bukit Kayu Hitam. Antara syarikat bus lain yang menyediakan perkhidmatan ke Bukit Kayu Hitam ialah:
1) Transnasional
2) Etika Ekpress & Konsortium Bas Ekpress Semenanjung





Perjalanan sendiri: Kereta

Bukit Kayu Hitam terletak di penghujung Lebuh Raya Utara-Selatan yang merentangi sepanjang Semenanjung Malaysia. Ia terletak 48KM utara dari Alor Setar, 150KM dari Pulau Pinang dan lebih kurang 150KM dari Kuala Lumpur.










Pengenalan: Bukit Kayu Hitam



Bukit Kayu Hitam merupakan bandar sempadan utama di Sempadan Malaysia-Thailand yang terletak di Kedah, Malaysia. Bukit Kayu Hitam merupakan penghujung Lebuhraya Utara-Selatan, jalan raya terpanjang di Malaysia yang bermula dari Johor Bahru, Johor di selatan hingga ke sempadan Bukit Kayu Hitam.